Sampul Raya Printing
Jom Cetak Sampul Duit Raya Disini!

Hari Raya 2026 tahun depan semakin hampir, dan kami di sini untuk membantu menjadikan perayaan anda lebih bermakna dengan servis cetak sampul duit raya yang unik dan menarik.
Kandungan Halaman
ToggleKami dengan sukacitanya menerima tempahan untuk sampul raya dengan kualiti cetakan terbaik. Apa yang lebih menarik, penghantaran ke Semenanjung Malaysia adalah percuma! Jangan lepaskan peluang ini dan tempahlah sekarang!
Setiap tempahan sampul akan dipack dalam plastik dimana setiap plastik boleh letak 5pcs, 8pcs atau 10pcs satu packet untuk memudahkan anda mengedar sampul raya tersebut.
4 Pilihan Material Sampul Duit Raya 2026
Untuk sambutan perayaan hari raya 2026 ini, kini kami menawarkan 4 pilihan material sampul raya berkualiti untuk pilihan anda. Material sampul duit raya seperti berikut:
- Kertas Art Gloss 130gsm: Kertas permukaan kilat dan cantik, sesuai untuk reka bentuk yang berwarna-warni.
- Kertas Linen 140gsm: Memberikan tekstur yang unik dan eksklusif kepada sampul anda. Nampak premium selain kertasnya tebal
- Kertas Metallic 150gsm: Material metallic kilauan halus pada permukaan menjadikan sampul raya nampak lebih premium
- Kertas Art Paper 157gsm: Material art paper dengan kemasan matte dan soft touch memberi rasa lembut seperti sutera, menjadikan sampul raya tampak eksklusif dan unik.
Tak tahu nak pilih material yang sesuai?
Material pilihan utama pelanggan kami ialah Gloss Art Paper 130gsm, kerana harganya lebih jimat, hasil cetakan tetap cantik, dan ketebalan kertasnya cukup berkualiti.
Jika anda mahukan sampul raya dengan sentuhan lebih premium, anda boleh memilih Linen Paper, Metallic Paper, atau Art Paper + Soft Touch. Namun, harganya sedikit lebih tinggi berbanding Gloss Art Paper.
Kami juga menawarkan kemasan akhir Hot Stamping Gold, yang hanya boleh digunakan pada Gloss Art Paper dan Linen Paper.
Pilihan Sampul Raya Menegak Dan Melintang
Kami faham setiap orang ada citarasa berbeza. Ada nak yang potrai dan ada nak yang jenis wallet. Sebab itu, kami sediakan dua model sampul raya — Menegak (Potrait) dan Melintang (Wallet).
📏 Model Menegak (Potrait)
- Saiz Standard: 154mm × 79.5mm
- Saiz Besar: 167mm × 85mm
➡️ Kedua-dua saiz boleh muat semua wang kertas Ringgit Malaysia (RM) tanpa lipatan.
➡️ Untuk Singapore Dollar (SGD), saiz besar boleh muat tanpa lipatan, manakala saiz standard perlu dilipat sedikit.
💼 Model Melintang (Wallet)
- Saiz Standard: 154mm × 79.5mm
➡️ Muat wang kertas RM tanpa lipatan.
➡️ Untuk SGD, perlu dilipat sedikit.


Design Ready Made Sampul Raya Percuma
Jika anda tidak mempunyai reka bentuk sendiri, jangan bimbang! Kami menyediakan pelbagai pilihan reka bentuk sampul raya yang menarik dengan tema yang pelbagai. Anda boleh menambahkan logo, maklumat media sosial, alamat laman web, dan lain-lain maklumat secara percuma pada reka bentuk sampul raya ini.
Tetapi jika anda ingin memberi sentuhan peribadi, kami turut menyediakan template yang boleh anda gunakan untuk reka bentuk sendiri. Anda boleh menggunakan perisian Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, dan Canva untuk membuat reka bentuk yang unik dan istimewa.
Semakan artwork adalah percuma, anda boleh hantar file softcopy dalam format Adobe Ilustrator, Photosp PSD ataupun Canva PDF.
Penghantaran ke Malaysia dan Singapura
Kami menawarkan penghantaran percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia untuk setiap tempahan.
Bagi pelanggan di Sabah dan Sarawak, penghantaran dilakukan melalui perkhidmatan kurier CSTI, yang menawarkan kadar caj lebih rendah berbanding kebanyakan kurier lain, menjadikan kos penghantaran anda tetap berbaloi.
Yang lebih menarik, kami juga menyediakan penghantaran terus ke Singapura menggunakan perkhidmatan kurier yang dilantik khas oleh syarikat kami.
Jika anda mempunyai alamat di Johor Bahru (JB), anda boleh pilih untuk ambil sendiri (self-pickup) di sana, jadi tiada caj penghantaran dikenakan.
Kami berusaha memastikan setiap pesanan anda dihantar dengan selamat, cepat, dan pada kos yang paling berpatutan, tidak kira di mana anda berada.
Senarai Harga Sampul Duit Hari Raya
Berminat nak tempah sampul raya? Senarai harga lengkap dari kuantiti 100pcs hingga ke 100,000 pcs boleh anda dapati dengan melayari laman web https://www.sampulraya.com.my/senarai-harga/.
Harga bergantung pada kuantiti, jenis model sampul samaada melintang atau menegak dan material kertas. Harga lebih murah jika anda membuat tempahan kuantiti yang banyak.
Contoh Harga Tempahan Kuantiti Yang Banyak
Harga untuk material sampul Gloss Art Paper 130sgm, jenis sampul menegak, kuantiti tempahan 100,000 pcs, printing design yang sama. Setiap pakej harga hanya sah untuk printing design yang sama sahaja. Tidak boleh campur-campur design untuk setiap pakej kuantiti
Cara Tempah Sampul Raya
Untuk maklumat lanjut mengenai senarai harga, reka bentuk, dan lain-lain, sila layari laman web yang disediakan khusus untuk anda membuat tempahan sampul raya di www.sampulraya.com.my.
Dilaman sesawang itu, terdapat lebih banyak info berkaitan sampul raya, seperti material, gambar-gambar contoh, senarai harga, laman muatturun template dan cara penggunaanya.
Kami berharap dapat menjadi sebahagian daripada perayaan anda tahun ini dengan menyediakan sampul duit raya yang unik dan bermakna. Tempahlah sekarang untuk menghadirkan sentuhan istimewa kepada perayaan yang bersejarah ini!
Hubungi kami
Untuk tempahan dan pertanyaan sampul raya boleh hubungi kami melalui Whatapps.